Selamat Tahun Baru untuk anda semua!
Semoga anda semua menikmati percutian Tahun Baru yang aman dan gembira bersama keluarga dan rakan-rakan dan memulakan tahun baharu dengan semangat dan azam yang baru.
Tahun 2022 boleh dikatakan tahun pemulihan bagi kebanyakan negara. Masyarakat dunia mula menyesuaikan diri untuk hidup bersama COVID-19. Ini tidak bermakna kita boleh leka dengan mengabaikan kebersihan dan penjagaan kesihatan.
Sesetengah pihak masih bergelut untuk bangkit daripada kejatuhan semasa musim pandemik. Kenaikan harga barang dan ekonomi yang tidak menentu masih menghantui semua rakyat terutama rakyat Malaysia.
Cabaran ini harus dilalui dengan penuh kesabaran dan memerlukan percaturan yang betul daripada kita semua.
Tahun 2023 juga dikatakan tahun yang mencabar di mana harga tenaga dan kadar faedah yang teruk meningkatkan.
Sebagai persediaan, kita semua digalakkan mempunyai simpanan yang mencukupi dan berbelanja dengan berhemah. Elakkan pembaziran.
Semasa kita melangkah ke hadapan ke tahun 2023 dan seterusnya, Mantik Media akan terus memberikan yang terbaik kepada pembaca dan pengguna kami.
Sokongan kesihatan fizikal dan mental adalah penting untuk kita terus mengharungi cabaran yang mendatang.
Semoga kita semua memperolehi apa sahaja yang dihajati dan memperolehi kesihatan yang baik dan kebahagiaan.