Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-66 buat semua rakyat Malaysia!
Setiap tahun 31 Ogos adalah tanggal yang menjadi tarikh keramat negara tercinta ini mendapat kemerdekaan.
Pahit jerih yang ditempuhi oleh pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu sukar untuk dibayar dengan apa sahaja termasuklah wang ringgit.
Oleh itu, kita sebagai generasi terkini haruslah sentiasa menghargai kemerdekaan yang kita kecapi.
Jangan gadaikan maruah tanah air ini demi wang,
Jangan gadaikan maruah tanah air ini demi kesenangan kita seorang,
Janganlah malu untuk mengaku bahawa kita adalah rakyat Malaysia,
Janganlah malu untuk berbahasa Melayu kerana itu adalah identiti negara.
Kerana tanah ini adalah tanah bertuah.
Semoga kemerdekaan kali ini lebih memberikan erti serta rasa sayang terhadap tanah air ini.